Sunday, June 11, 2017

kind of confession

"if you clean it up, get analytical, all the subtle joy and emotion you felt in the first place goes flying out the window."

andrew wyeth


bismillah

(i)

lelaki selalu salah menduga. diamnya perempuan, tidak selalunya bermakna enggan. dia hanya sering menginginkan kejelasan. perempuan yang benar dalam bercinta, tidak akan mudah-mudah menjaja cintanya, bahkan kepada yang dicinta sekalipun.

andai dia sabar menunggu hingga sampai waktunya; tidak mudah memporak-perandakan gundah-gulana, resah-gelisah, mabuk-rindu jiwanya, demi menjaga yang halal daripada terturas ke jalan yang haram, itu bererti dia sedang mencintai Tuhannya, lebih daripada mencintaimu. dikhuatirkan apa, kalau cinta padamu tetap ada, tapi masih dalam jagaan Tuhannya, sepenuh-penuhnya? itu akhlak perempuan, dari rasa malu yang sesungguhnya.

engkau apa tahu?


(ii)

perempuan selalu salah menduga. tidak mengapa, untuk memulakan cinta. andai engkau benar dalam mencinta, 'ya' atau 'tidak' kedua-duanya hakikatnya menyatakan jawapan. pada hati, 'ya' akan membuka ruang dan harapan. 'tidak' pula akan segera memberi kejelasan. bahkan, ini adalah cara paling awal engkau mengenalinya. andai dia jejaka yang baik, baik 'ya' atau 'tidak', padanya kau akan masih menjadi perempuan yang selayaknya dihormat dan terhormat. kalau bukan, kenapa kecewa? bahkan syukur, kerana Allah sebaik-baik pelindung dan pemelihara; tertonjol sudah ketidakmatangan intelektualnya, malahan buruk hodoh peribadinya!

(iii)

kita selalu salah menduga, tidak selalu rasa itu harus diumbar-umbarkan. tidak selalu perhatian itu harus ditunjukkan. tidak harus selalu cinta dan rindu itu diungkapkan. biar ia menjadi gelora dalam hati; menggelembung, membengkak, membuncah, dan menggulung deras di dalam.

sampai masa, tahulah ia harus ke mana dianak pergi.


(iv)

kita selalu salah menduga; seringkali mengharapkan keberadaan dan kebersamaan orang-orang lain untuk menggantikan kedukaan kepada kebahagiaan. namun, bukankah nantinya kesedihan atau kegembiraan kita akan cuma terletak pada hanya keberadaan atau ketiadaan mereka? sedangkan, gembira dan sedih kita harusnya hanya bersebabkan Allah, dan teruntuk Allah! 

maka, ada atau tiadanya manusia, kita akan selalu saja merasa dicukupkan dengan bahagia. itu sudah lebih dari sempurna!

(v)

kita selalu salah menduga; seringkali menangisi perubahan kecil besar orang-orang di sekeliling. meratapi kecewa kerana mereka yang diharap-harapkan, tidak seperti yang kita mahukan. namun, bukankah itu bermakna kita sebenarnya tidak sedikitpun ikhlas mencintai mereka, bahkan hakikatnya kita hanya mencintai diri, keinginan dan harapan kita sahaja? mencintai mereka hanya kerana mereka menjadi figur, sesuai seperti yang kita mahukan?

sekian begitulah, tentang salah duga-salah duga kita.

Saturday, June 10, 2017

actually i was planned this post or should i call draft yg membusuk to publish a week after aku pergi District ni.The main reason is i'll wait until i want to.So,here it is.

untuk girls aku suggest to wear shawl sbb nanti takde lahh risau tudung tak on point ke plus kene pakai safety topi yg nauzubillah baunya.ni aku nasihat sbb my girl nadh and shanas dorg pakai bawal and sanggup tak main Go Padel game semata taknak bg tudung rosak.omg we pay for game kot.come on.for boys,prmpuan ni if tudung tak on point dia akan moody the whole day tau.

our adventures begins here,FREE FALL jump
feeling feeling parachute melompat dari helikopter gitu.well,tak lah tinggi mana.but once crew suruh move forward aku dah rasa menggeletar.but, it was quite fun tho.


POWER STATION is the most annoying climbing area.
for 20 mins only for 15pax.before masuk station mmg ada beratur smua.and we all beratur lahh with another 11 kids.omgg.the crews senyum sinis je.mmg aku rasa mcm bawak rombongan tadika.mcm biasa mmg ada short brief before main.tapi ni mmg aku tak sedap hati sbb dia suruh warming up kira kuat2 ,buat big circle and star jump bagai with all kids.the crews smua gelak happy dapat game kitorg.siap suruh jerit cheer semangat smua.wehh mmg kanak kanak ribena.aku ni bila dah climb tinggi tinggi tak confident nak jump ke bawah.kesian kat crew jerit jerit bagi tips turun siap suruh mengucap semua.aku mmg tak faham la org yg suka climbing.ni baru wall climbing yg ada tapak even jauh nak mampus utk kaki aku yg comel ni.belum rock climbingg.cramp wehh tangan.kat sini aku just amek part climbing area yg susah je sbb malas nak berebut ngan all the kids.tu pun rasa mcm nak bunuh diri je terjun.lastly bila tanya crew tu mmg ada ke warming up star jump bagai tu.depa cakap mmg takde.saje nak malukan weolls.hmm.redha je nak.


i find the hardest part was SKY TRAIL
at first rasa down gila and dah decide nak murung for 3 days 2 nights sbb tak exceed height requirement for this game.meja debat pun dahh susun sbb tadi dah ukur tinggi kot and i pass.After atin pulak ukur and abg crew tu ckp still tak pass i was like haa meh sini abang aku ikat kau kat tali free fall tu kang.Atin tu galah kot kalau ye punn nak game weolls.

seriously,this challenges needs a lot of arm strength.it was quite tiring since smua tenaga sado tangan aku dah habis time wall climbing tadi and sumpahh scary.first part pun aku rasa nak collapse dah.the hardest to complete is the tyre one.tayar tu kept swinging lagi lagi bila nak berganjak from one another.unfortunately,i was stuck at the middle sbb rasa dah collapse.Tapi tu semua peraasan. nasiblah crews smua very motivative jerit dari jauhh "mkay u can do it gal!".apa aku kisah semua tu aku mmg tak larat kot.the crew pun terpaksa heret aku guna safety gears but still aku kene redah tayar tayar annoyed tu.Actually,ada 2 shortcut utk finish this mission and aku awal awal dah serrunder amek first shortcut but all crews nak aku habiskan smua dgn alasan shortcut tu hanya untuk oku and warga emas.aku layan je lahh kang aku sangkut lak walaupun reasons tu  sangat lah tak valid.diorang nak aku terhibur agaknya.

the other obstacle is the balak one.i can tell you most of the challenges adalah tergantung and quite shaky.Yang balak ni sebijik macam tayar tadi tapi dia lebih kurus dan masha allah dia punya goyangg.kat sini pun aku stuck for 5 mins sbb kaki aku terlalu comel towards another balak.smua org kat district tu pandang aku rasa famous seketika sbb aku sorg je hanging kat atas.crews pun penat jadi cheerleader aku and again dia tarik aku guna safety gears.about an hour jugak nak habiskan sky trail so smua crew kenal aku sbb mula mula terkinja kinja nak accept the challenge at last "mkay awak koyak ke?"plus aku the last customer yang main sky trail tu so the crews ada byk masa nak game aku
.seriously scary but dont worry they are certainely secured.yang penting confident.

btw during that time tinggi aku lebih kurang 155cm and my weight was 42kg. Thats why aku takleh nak proceed the best Roller Glider.sbb weight requirement dia mesti exceeds 45kg.so,me and Nadh pun patah balik pegi Trampoline area.Nadh pulak sbb tak lepas height requirement.lol.oh yaa Shanas also tak main Roller Glider even dia lps dua2 requirement tapi sbb dia takut tinggi.So we let Atin repeat Roller Glider entah brapa kali while kitorg support je sambil lompat2 kat Trampoline area.

sebenarnya there are another 7 attractions game available dlm District ni.tapi aku nak cerita sikit sikit so that i can keep the remaining memories only in my heart.acahh.yang selebihnya korang discover sendiri lah cause i malas nak type dah ni,.

Thursday, April 6, 2017


jujur saya kagum dengan individu yang bisa berbicara tentang seluruh saya
kerna 
saya sendiri belum kenal diri sendiri sepenuhnya.


percayalah, kita tidak akan mampu mengawal kepetahan lidah manusia, tetapi kita mampu mengawal kelincahan hati kita sendiri. ajarkan diri jangan merasa kerdil, terhina, tersisih, terkebelakang. 

apatah lagi menumbuh benci, hasad, dengki dan sebagainya. inilah pada saya, orang yang tenang; kerana dia jelas dan tahu dengan apa yang dia pegang. dia arif di mana letak duduknya. dia sedar di mana harus dia berpijak. paling penting, dia kenal dirinya sendiri dengan sebenar-benarnya.

sungguh, tak ada yang lebih damai dari hati yang merasa bebas dan tenteram dengan pilihannya sendiri, - tanpa rasa terbanding-banding atau terkejar-kejar.
alangkah kalau kita setenang itu. chillax!

"yes, there comes a time when we must expose our weaknesses; when our secrets can no longer remain private; when our solitude can no longer be denied; when our pain can no longer be ignored but sometimes we feel so alone that a weakness we thought we'd overcome suddenly becomes too strong to fight."  
- quoted




Friday, March 31, 2017


if you are reading this,
just to let you know 
I am doing great right now

Tuesday, January 3, 2017

pencarian januari

tudung tak pernah nak on point.pheww pheww


seringkali berentap dengan diri sendiri untuk menjadi sebegini dan sebegitu.sebab sebenarnya struggle terbesar bagi diri saya bukanlah ketidaksanggupan orang lain bersabar terhadap saya.tapi,


"APAKAH SAYA SANGGUP 'BERSABAR' DENGAN 'KESABARAN' ORANG LAIN TERHADAP SAYA?"

bukankah adakalanya,kita sahaja yang tidak sanggup melihat orang lain terlalu `sabar' dengan kita? hmm

tak ke?

jadi,azam 2017 cukup simple.untuk belajar lebih sabar dalam hal hal yang mencuba untuk menjadi.
dan kurangkan kepura puraan dalam memberi.




Sunday, November 8, 2015

random petang


"hidup kita TAK REAL lagi. banyak lagi cabaran di hadapan"

saya selalu mengadu susahnya mathematics dekat lecturer.
sedangkan memang bersuluh langsung malas buat exercise.
bila miss cerita dia pun ada pasang surut and trauma bagai utk amek math.
tenang sikit rasanya.tapi dialog jiwa saya mengatakan itu hanya dongeng miss semata mata untuk sedapkan hati saya.

dari situ saya menemui saya dalam dirinya.

positif! ya!

seperti selalunya, saya cuma memohonkan 'sabar', baik untuk hal hal kecil mahupun hal hal besar,
terutamanya dalam mendepani dirir sendiri, menata dan mengubah sikap.

entah saya suka watak dan perwatakannya. saya suka jalan ceritanya. saya suka kata-katanya. saya suka pergerakannya , emosinya , struggle nya atau cabarannya. saya suka manusia sebetulnya. manusia akan memanusiakan saya; menunjukkan saya apa yang saya mahu jadi dan apa yang saya tidak mahu jadi, dengan caranya yang tersendiri. setiap orang yang saya temukan baik atau buruk, ada 'sesuatu' untuk ditawarkan, sedar atau tidak, cepat atau lambat.

kata kata ini terasa begitu tepat mengenai saya;

"I DIDN'T ALWAYS KNOW WHAT I WANTED TO DO, BUT I KNEW THE KIND OF WOMAN I WANTED TO BE."  
- DIANE VON FURSTENBERG
petang tadi miss share satu video,


Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,

Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma'al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman

Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman

jadi saya syak bahawa miss suruh diy danbo papercraft and bagi dia . 


maka saya pun mula berdanbo huhu





*sedih tak dapat nak teman miss berwater rafting.
  tunggu dhia besar sikit ea miss